Writer Block adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan situasi di mana penulis melalui fasa tidak dapat menulis dengan baik sehingga penulis tersebut tidak mampu untuk menulis sama sekali. Blank terus! Mengadap PC, labtop atau tablet, namun tiada apa yang dapat di tulis. Jika menulis sekalipun, sekejap taip – sekejap padam semula.
Writers block bukanlah perkara luarbiasa yang berlaku kepada mana-mana penulis sekali pun, samada beliau adalah penulis proresional atau penulis amatur. Jadi, jika anda pernah melalui fasa writers block ini, anda tak perlu susah hati atau berputus asa untuk menjadi penulis.
Teruskan membaca post ini, kerana saya ingin berkongsi dengan anda tentang faktor-faktor yang boleh menjadikan anda buntu dalam menulis dan semestinya saya hadirkan sekali tips untuk mengatasinya. Jadi, teruskan membaca sehingga tamat post ini. InsyaAllah, anda akan dapat manfaatnya.
Kita ketahui dulu, apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya writers block.
Berikut ialah antara faktor-faktor yang sering terjadi iaitu:
- Tiada idea.
- Ada idea, tetapi tidak dapat menulis dengan baik.
- Konten penulisan yang berbeza daripada konten yang biasa di tulis.
- Risau dengan pandangan orang lain
- Terlalu memikirkan dan mengharapkan kesempurnaan dalam penulisan.
- Terlalu keletihan atau mengalami stress
- Persekitaran yang tidak selesa yang menyebabkan tiada mood untuk menulis
- Membaca komentar yang dirasakan negatif dan menjatuhkan kredibiliti sebagai penulis.
- Takut untuk bersaing dengan penulis lain.
- Tidak yakin dengan kebolehan diri.
- Konten yang ingin ditulis tidak bersesuaian dengan passion.
- Kurang ilmu kerana kurang membaca dan mengetahui isu semasa.
- Telah merasa bosan dengan kerjaya atau tugasan menulis.
- Tiada push factor atau big why untuk meneruskan penulisan.
- … dan sebagainya.
Banyak yang saya senaraikan. Mungkin ada di antaranya perkara yang pernah anda lalui. Namun begitu, ia bukanlah sebagai tanda bahawa berakhirnya kerjaya atau passion anda sebagai penulis. Menulis adalah sebuah perjalanan. Ia bukanlah sebuah perlumbaan. Menulislah dengan sepenuh hati kerana penulisan adalah sebuah karya, sepertimana seorang pecipta lagu dan lirik menulis lagu dan lirik. Ia tidak boleh dipaksa-paksa. At the right time, idea pasti akan datang. Haa, pada masa tersebut… anda pula tak menang tangan bila jari-jemari asyik nak menaip saja!
Untuk itu, disini saya ingin kongsikan dengan anda, 3 tips untuk mengatasi writers block dan sekaligus untuk mengembalikan semula passion anda untuk menulis.
1. Ambil Masa untuk Bertenang dan Rehatkan Diri
Kita adalah manusia, bukannya robot. Ada masanya, kita mampu menulis sehingga beribu patah perkataan tanpa rasa jemu kerana idea sentiasa datang untuk kita tulis dan olah dengan sangat baik dan berkualiti. Ketika itu, tanpa kita sedar mungkin kita telah paksa otak kita untuk berfikir sehingga kita merasa penat. Setelah penat, inilah yang menjadi punca utama timbulnya masalah writers block. Untuk itu, hadkan masa untuk bekerja. Mungkin anda boleh buat schedule untuk menulis berdasarkan job-job penulisan yang sedang anda laksanakan.
Ambillah masa untuk bertenang. Nikmatilah secawan kopi dan sekeping brownies atau apa-apa saja minuman dan makanan yang anda gemari untuk menyegarkan diri anda. Mengunyah buah-buahan juga dapat menyegarkan dan mengembalikan mood anda. Oh ya, jangan lupa lakukan juga senaman ringan untuk melegakan otot-otot badan anda. Segarkan mata anda dengan melihat kehijauan tumbuhan dan memandang jauh ke luar tingkap untuk merehatkan mata. Selepas dah rasa segar, bolehlah sambung semula menulis. Tips ini nampak klise kan? Namun, percayalah… sedikit sebanyak ia dapat membantu anda merehatkan minda dan mengembalikan semangat anda untuk menulis.
2. Tambah Ilmu Baru dengan Membaca
“Tulislah apa yang kamu ketahui, dan bacalah apa yang kamu tidak ketahui.” Ini adalah quotes yang pernah saya baca di google, namun saya tidak pasti siapakah yang menulis quotes ini. Memang benar apa yang dikatakan oleh beliau. Membaca adalah jambatan ilmu. Menulis pula ada kesinambungan ilmu agar ia dapat ditinggalkan untuk dijadikan legasi untuk generasi akan datang.
Justeru itu, sebagai penulis, semestinya anda juga mengetahui bahawa tanpa membaca, kita akan ketandusan idea. Terpinggir daripada mengetahui isu-isu semasa dan kita boleh ketinggalan dengan ilmu dan cara yang sediada. Sebab itulah, sebagai penulis, kita disarankan untuk membaca minimum sebuah buku dalam masa sebulan. Sebuah sahaja, namun jika lebih daripada itu, pasti ia lebih baik. Dengan mendapat ilmu baru, kita boleh mendapat percambahan idea baru yang lebih segar. Secara tidak langsung, menambah ilmu baru dengan membaca juga dapat mengaktifkan sel-sel otak kita untuk stimulate ilmu-ilmu dan idea baru. Untuk itu, rajin-rajinlah membaca.
3. Menulislah Dari Hati. Kita adalah Kita. Tak Perlu Jadi Orang Lain.
Be your own kind of beautiful. Tak perlu risau dengan penilaian orang lain. Tak perlu nak jadi orang lain. Menulislah dari hati. Berikan yang terbaik dalam setiap konten penulisan anda. Elakkan plagiat. Kerana plagiat sebenarnya yang akan menjatuhkan kredibiliti anda sebagai penulis dan salah disisi undang-undang hakcipta. Jika tiada idea, anda boleh membuat kajian dengan membaca, melihat di Youtube dan sebagainya untuk dijadikan sumber rujukan. Dari ilmu tersebut, anda boleh tulis dan olah sendiri penulisan mengikut cara anda.
Dan, jika anda adalah seorang Muslim, mulakan dengam niat menulis kerana Allah untuk memberi manfaat kepada orang yang membaca penulisan anda. Tulislah perkara yang baik-baik dan dengan beretika dari segi agama, undang-undang negara. Sebelum menulis, mulakan dengan Bismillah dan berdoalah kepadanya agar dikurniakan idea penulisan yang bermanfaat, berkualiti dan diberkati. Sesungguhnya, tiada daya upaya kita melainkan dengan izin dan pertolongan Allah jua.
Semoga 3 tips ini dapat membantu anda dan diri saya juga untuk mengatasi dilema writers block. Teruskan menulis. Jika anda penat, berehatlah. Luangkan masa bersama keluarga, lakukan senaman, nikmati keindahan alam, nikmati makanan dan minuman yang sihat dan laluilah hidup sebagai penulis yang bahagia dan penuh ketenangan. Jika mengalami apa jua masalah atau stress, cubalah tangani dengan baik. InsyaAllah, anda boleh jadi penulis yang berjaya.
Itu saja untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Last but not least, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang sebaliknya adalah daripada kelemahan diri saya sendiri. InsyaAllah, saya akan terus menulis di sini dengan konten yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya. Saya amat hargainya.