Pandemik Covid-19: Kesan Pada Masyarakat dan Cara Bisnes Dijalankan

2022 adalah tahun yang makin mencabar kerana tahun ini ialah tahun kedua pandemik Covid-19 melanda dunia. Malaysia, khususnya masih lagi ‘berperang’ dengan wabak Covid-19. Kerajaan Malaysia telah pun mengisytiharkan bahawa Malaysia akan beralih ke Fasa Endemik bermula pada 1 April 2022. Kita akan terus hidup dengan norma baru yang tidak tahu bila akan berakhir atau ia akan berterusan sampai bila-bila.

Namun begitu, dalam tempoh 2 tahun ini, kita telah pun mula dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Kita cuba sebaiknya mematuhi SOP, menjaga kesihatan dan menjaga batas dalam aktiviti harian kita. Tahniah pada diri sendiri. Kerana semua bermula dengan menjaga diri sendiri dan mematuhi SOP. Kita berusaha dan memohon kepada Allah agar mengangkat wabak Covid-19 ini.

Kita dapat melihat ramai yang telah kehilangan pekerjaan akibat Covid-19. Ia memberi kesan kepada ekonomi individu tersebut, keluarga dan juga negara. Masalah lain yang turut timbul akibat kehilangan pekerjaan seperti gangguan kesihatan mental juga berlaku. Kes keganasan rumahtangga juga turut meningkat. Kehilangan pekerjaan menyebabkan terputusnya atau hilangnya sumber pendapatan. Ia memberi kesan yang sangat mendalam, khususnya bagi ketua keluarga atau ‘bread maker’.

Semasa Fasa PKP, kita ‘berkurung’ di dalam rumah. Kehidupan setiap orang berbeza. Ada yang sumber pendapatannya tidak terjejas. Ada juga yang terputus-putus sumber pendapatan dan ada yang tiada sumber pendapatan terus. Tanpa duit, mungkin mereka tiada makanan untuk dihidangkan bagi mengalas perut. Tekanan perasaan boleh berlaku kerana tiada sumber pendapatan. Pergaduhan dan keganasan rumahtangga mudah berlaku jika pasangan suami isteri tersepit dengan masalah kewangan

Ramai yang hilang pekerjaan. Bilangan penganggur semakin ramai. Tahap keselamatan masyarakat juga boleh terjejas. Kes kecurian, ragut dan rompakan boleh berlaku dalam situasi yang terdesak ini. Semua ini adalah gejala tidak sihat yang boleh berlaku dan ia sangat membahayakan.

Bersyukurlah kita menjadi rakyat Malaysia. Kerajaan telah sedaya upaya untuk membantu rakyat semasa wabak ini melanda, terutamanya semasa tempoh PKP. Pelbagai inisiatif bantuan kewangan diberikan, termasuklah pengeluaran KWSP. Walaupun KWSP adalah duit kita sendiri dan kita terpaksa keluarkan untuk menggunakannya, sedikit sebanyak ia telah membantu meringankan beban kewangan kita. Namun begitu, bukan semua orang mempunyai KWSP dan jika ada pun, simpanan mungkin tidak mencukupi.

Mahu atau tidak, kita perlu laluinya jua. Selagi kita masih miliki tulang empat kerat, akal fikiran dan ilmu, sebenarnya di Malaysia terlalu banyak peluang pekerjaan dan bisnes yang boleh kita buat. Hanya tidak perlu cerewet atau memilih kerja. Paling penting, buang rasa malu, ego atau rendah diri untuk buat apa saja kerja atau bisnes yang halal.

Ini bukanlah masa untuk kita peduli atau bersangka-sangka apa yang orang akan katakan tentang kita. Kadang-kadang, orang tak berkata-kata pun tentang kita, tapi kita sendiri yang bersangka-sangka. Kita yang awal-awal lagi dah sabotaj diri sendiri. Contoh jika anda ada lesen memandu kereta atau motorsikal. Peluang kerja sebagai ‘runner’ sangat banyak. Nak jadi runner Grab Food, Food Panda, penghantaran barang, dan banyak lagi. Pendapatan mereka bukan calang-calang ya. Hanya perlu bermodalkan rajin dan sanggup berkorban saja. Buat saja apa pun kerja atau bisnes, asalkan ada pendapatan. Pastikan pendapatan halal dan tidak melanggar undang-undang sudah la ya.

Dari segi ekonomi dan cara bisnes dijalankan, sejak Covid-19 melanda dan sehingga kini, kita telah menyaksikan dan melalui pengalaman yang sangat drastik dalam bisnes. Banyak bisnes konventional telah mula beralih ke bisnes online. Bagi mereka yang sediada dalam bisnes online, mereka sudah biasa dengan urusniaga, pemasaran dan pengurusan bisnes online. Lonjakan jualan online meningkat dan kita dapa melihat situasi syarikat yang menjalankan servis penghantaran barang tak menang tangan untuk membuat penghantaran.

2022. Inilah masa untuk anda yang berbisnes untuk berubah dan menukar cara anda berbisnes dan menjana pendapatan!

Bagi anda yang lebih sesuai atau selesa berada di rumah. Contohnya surirumah, wanita, remaja atau sesiapa sahaja termasuklah kaum lelaki, tahun 2022 adalah tahun yang sangat baik untuk anda meneruskan atau memulakan bisnes secara online. Ledakan bisnes secara online semakin meningkat dan dijamin akan terus meningkat. Platform jualan online seperti Shopee dan Lazada semakin mendominasi pasaran bisnes online. TikTok pula semakin mengambilalih kedudukan platform social media yang lain iaitu Facebook, Youtube dan Instagram.

Bagaimana pula dengan blog untuk bisnes pada tahun 2022?

  • Adakah blog semakin jauh ketinggalan?
  • Apakah kita dikatakan ‘so yesterday’ masih gunakan blog?
  • Adakah blog masih sesuai untuk bisnes?
  • Macam mana blog nak ‘compete’ dengan market place dan social media yang lain?

Persoalan ini akan saya ulas dalam entry akan datang. Nantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *