Ramai peniaga online yang menggunakan Facebook Personal dan Fanpage untuk mempromosi bisnes mereka. Walaupun alghoritma di Facebook semakin lama semakin strict untuk yang berbisnes, namun Facebook tetap menjadi pilihan kerana ia masih boleh dikategorikan sebagai free cost marketing channel. Walaupun kebanyakan post atau content berbaur bisnes ‘disembunyikan’ dari paparan di wall, namun sebagai peniaga online, kita masih perlu menggunakan Facebook untuk berbisnes.
Begitulah adat nak gunakan tapak kedai orang lain untuk berbisnes. Kita nak guna pula secara percuma. Lama-lama tuan tanah pun mestilah nak dapat untung juga, kan? Jadi, kalau nak post kita yang berkaitan bisnes dapat dipaparkan dengan lebih meluas lagi, kenalah gunakan Facebook Fanpage dan run FB Ads. Tapi, tak semua orang pandai dan biasa gunakan FB Ads. Ada trick dan ilmu yang kita kena pelajari. Perkara berkaitan teknologi maklumat ni berkembang sangat pantas. Ilmu yang kita belajar beberapa bulan lepas belum tentu masih lagi sesuai digunapakai. Kita kena sentiasa ikut trend dan alghoritma dari semasa ke semasa.
Untuk itu, kita kena sediakan plan tambahan agar cara kita berbisnes dan membuat promosi dapat diteruskan. Antaranya ialah dengan membuka satu lagi channel free cost marketing iaitu blog.
Ya. Gunakan blog. Blog tak banyak peraturan atau dipantau seperti Facebook. Kita akan lebih bebas menulis, berkongsi dan menjual di blog. Walaupun blog tidaklah selaju dan sentiasa orang buka untuk layari, tapi menggunakan blog adalah sangat berbaloi-baloi, khususnya untuk jangka masa panjang.
Blog adalah pasif marketing channel. Ia umpama sebuah perjalanan dengan menaiki basikal. Nak banding dengan naik motorsikal atau kereta, semestinya yang naik basikal akan sampai lebih lambat, masa yang lebih panjang dan tenaga yang lebih banyak terpaksa dikorbankan. Namun, kita akan tetap sampai ke destinasi walaupun pada masa yang berbeza. Yang penting, matlamat untuk sampai ke destinasi tercapai. Mission accomplished!
Sebenarnya, anda boleh menggunakan content yang ada di Facebook Personal dan Fanpage dan hanya perlu dipindahkan ke blog sahaja!
Anda tak perlu bina content baru untuk buat blog post. Dengan hanya membuat sedikit editing agar post dari Facebook itu disesuaikan sebagai blog post.
Kenapa perlu edit dan buat penambahan sebelum ia dijadikan blog post? Sebenarnya ia bergantung kepada diri anda sendiri dan juga status dari Facebook yang anda ingin gunakan itu. Andainya post tersebut sudah sesuai, anda boleh terus jadikan ia blog post.
Edit hanya perlu dilakukan jika dan untuk:
- Status terlalu pendek dan ringkas,
- Ejaan yang digunakan tidak penuh atau susah difahami.
- Banyak ikon atau emoji yang digunakan.
- Status susah difahami – perlukan ulasan atau penerangan.
- Tiada gambar yang bersesuaian atau gambar kurang berkualiti
- Untuk ditulis lebih panjang.
- Supaya penulisan lebih menarik untuk dibaca.
- Untuk diletakkan captions yang sesuai pada gambar.
- Supaya ada perenggan jika ayat panjang.
- 10. Untuk menjadikan content blog yang profesional.
Anda boleh memilih content dari status di Facebook yang mana anda rasakan bersesuaian untuk dimasukkan ke dalam blog. Jadikan ia sebagai content yang dapat membantu promosi bisnes anda di Facebook. Secara tidak langsung, dengan memindahkan content dari Facebook ke blog akan dapat membantu anda menjimatkan masa dan memudahkan anda mendapat idea untuk membuat promosi dan jualan.
Dengan content dan idea yang sama, anda boleh menggunakannya di kedua-dua social media dan marketing channel anda. Umpama memanah dengan 2 mata anak panah. Dalam keadaan dan situasi yang semakin sibuk ini, kita perlu bijak menguruskan masa dan tenaga. Jika 1 content boleh digunakan untuk dua atau tiga channel, mengapa kita perlu bina content yang berbeza-beza? Gunakan apa yang ada dan edit sahaja mengikut keperluan dan kesesuaian. Work smart & selamat mencuba!