Kadar Zakat Fitrah Negeri Terengganu – Cara BayaranAtas Talian(Online)

Pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari je lagi umat Islam berpuasa dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seperti biasa pada waktu penghujung bulan Ramadhan ni ramai yang sibuk mencari pakaian raya dan tidak lupa juga juadah untuk hari raya nanti. Tapi yang paling penting adalah musim kita bayar zakat fitrah. Ada yang sudah selesai awal-awal lagi, tapi ramai lagi menunggu saat akhir Ramadhan untuk membayar zakat fitrah atas pelbagai alasan antaranya seperti menunggu pengumuman kadar, gaji, bonus, wang bantuan dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua, zakat fitrah adalah wajib bagi Umat Islam. Waktu bayaran zakat fitrah adalah bermula bulan Ramadhan sehingga Akhir bulan Ramadah supaya tidak kalut serta berebut beratur panjang pada saat-saat akhir nanti.

Sumber: zakatselangor.com.my

Di Terengganu Kadar zakat fitrah  bagi tahun 1445H/2024M dikeluarkan dengan wang tunai sahaja ditetapkan pada dua (2) kadar iaitu tidak kurang RM10.00 bagi setiap seorang. Manakala, bagi mana-mana orang yang memakan beras jenis Basmathi atau yang setara, kadar zakat fitrah adalah RM22.00 bagi setiap seorang.

Kaedah bayaran zakat fitrah di Terengganu terbahagi kepada beberapa kaedah terpulang kepada keselesaan setiap individu masing-masing. Di sini saya hanya tunjukkan kaedah bayaran melalui Maidam secara atas talian iaitu eZakat Online Maidam.

  1. Buka laman https://ezakat.maidam.gov.my/online/
  2. Log masuk atau daftar baru atau boleh je terus ke pautan bayaran.
  3. Setelah itu, isi maklumat pembayar, maklumat bayaran serta akhir sekali niat sebelum membuat bayaran.
  4. Selesai buat bayaran, boleh download resit.

Sangat mudah dan cepat sesuai bagi mereka yang sibuk serta tiada masa untuk ke kaunter. Harap info ringkas ini dapat membantu anda semua.. Bye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *