Bagaimana Memulakan Blog Pada Tahun 2022

Sedikit perkongsian ringkas dari saya berkenaan permulaan dalam pembinaan blog pada tahun 2022 sama ada untuk kegunaan persendirian mahupun perniagaan. Jika sebelum ini saya pernah buat entry berkenaan tulis blog secara ringkas disini. Sebagai permulaan, anda sepatutnya sudah tahu apa yang nak ditulis ataupun Niche apa yang anda mahukan dalam blog tersebut.

Sebagai contoh anda minat dengan memancing, anda suka tulis berkenaan pengalaman memancing, panduan beli peralatan memancing dan sebagainya. Walaubagaimanapun jika belum ada idea untuk menulis apa-apa masih boleh buat blog sebagai personal blog ataupun blog pelbagai niche.

Namun jika anda masih belum ada apa-apa idea tentang apa yang nak ditulis dalam blog, mungkin anda perlukan sedikit kajian.

Sama seperti anda nak buat satu tugasan baru, sedikit kajian perlu untuk anda tahu serba sedikit mengenainya.

Sebagai contoh, kenapa nak buat blog? Ada yang bina blog untuk buat duit secara online seperti jual produk anda atau melalui iklan seperti adsense dan mungkin juga promosi produk orang lain sebagai ejen affiliate dan sebagainya. Mungkin juga sekadar hobi nak menulis, meluahkan pendapat dan menceritakan pengalaman sendiri membuatkan kita rasa puas. Sekarang anda boleh tentukan sendiri la ye.

Percuma atau Berbayar?

Okey, sekarang anda sudah tahu tujuan menulis blog. Sekarang anda perlu memilih sama ada nak tulis blog melalui platform percuma atau berbayar. Sebenarnya banyak platform percuma untuk anda pilih dan memang ramai yang guna platform percuma walaupun terdapat sekatan terhadap pengguna tersebut. Sebagai pemula anda boleh cuba platform percuma ini akan tetapi jika anda betul-betul serius dan mahu kembangkan lagi sayap dalam menulis adalah lebih baik guna yang berbayar kerana anda dapat kawalan sepenuhnya blog anda.

Lagipun platform percuma ni banyak ada sekatannya(Limitations). Antara sekatan yang biasa terdapat pada platform percuma adalah seperti ruang simpanan kecil, sedikit pilihan 'design', mungkin juga blog anda kena delete/ban sebab langgar terma dan banyak lagi.

Jom kita mula buat satu blog.

Step 1. Pilih Topik Sesuai

Mungkin tadi anda sudah dapat idea tentang topik sesuai untuk anda tulis dalam blog. Jika masih lagi blurr, jom kita korek lagi adea2 yang boleh kita guna. Anda boleh pilih antara 2 ni ataupun jika pilih semua lagi baik.

  1. Pilih topik yang anda sangat suka, anda ingin tahu lebih mendalam lagi pasal benda tersebut, anda minat sangat2, mungkin ia salah satu hobi anda.
  2. Pilih topik yang orang lain suka baca atau tengah mencari info berkenaan topik tersebut.

Jika masih lagi tiada idea boleh taip je apa-apa dalam Google, baca sebanyak mungkin blog yang anda jumpa, ambil idea dari blog2 tersebut. Setelah dapat idea anda, boleh mula cari nama terbaik untuk blog anda.

Pemilihan nama ni sebenarnya penting juga untuk menunjukkan perkara yang kita nak tulis nanti, ataupun nama sendiri sebagai blog peribadi. Pastikan perkataan yang tidak terlalu panjang serta mudah untuk orang lain ingat.

Sebelum itu anda kena tentukan pilihan platform blog anda terlebih dahulu.

Step 2. Pilih platform yang sesuai dengan anda

Platform Percuma

Terdapat 2 pilihan dalam memilih nama blog anda iaitu nama berbayar ataupun percuma.

Nama berbayar biasanya ditawarkan bagi menggunakan TLD seperti .com .my .org dsbg.

Bagi mereka yang benar-benar serius untuk menulis blog, mereka pasti akan memilih nama domain berbayar untuk branding diri mereka. Anda boleh tengok nama-nama blogger di Malaysia ataupun seluruh dunia menggunakan nama sendiri dan ada juga yang menggunakan nama tertentu seperti seliparjepun.com, mypt3.com, amanz.my dan sebagainya.

Mungkin sebagai permulaan anda lebih suka yang percuma dahulu kemudian tukar ke domain berbayar bila sudah serius dalam menulis blog ni pun boleh. Banyak platform yang menawarkan blog percuma seperti blogger.com, wordpress.com, wix.com dan banyak lagi.

Sekiranya anda memilih nama berbayar, anda juga memerlukan tapak(Hosting) untuk bina blog anda nanti. Tapak@hosting ini pun ada yang berbayar dan percuma. Jika memilih yang percuma anda boleh guna platform popular seperti blogger.com dan sebagainya. Bagi hosting berbayar pula terdapat banyak pilihan dan masing-masing ada kelebihan serta kekurangan tersendiri, perlu bijak memilih mengikut keperluan dan bajet anda.

Jika anda sudah sedia untuk serius dalam penulisan blog dan mahu jana pendapatan dari blog cadangan saya adalah platform wordpress. Bukan platform percuma dari wordpress.com tapi wordpress yang dipasang pada hosting anda. Jadi anda perlu cari nama domain dan hosting terlebih dahulu sebelum mula menulis blog.

Kenapa wordpress? Kebanyakan blogger2 terkenal menggunakan platform wordpress dan saya sendiri lebih suka guna wordpress kerana lebih fleksibel. Banyak plugin yang boleh dipasang dan kebanyakannya adalah percuma dan banyak lagi perubahan yang boleh dibuat pada blog anda di mana platform percuma lain tidak boleh.

Sekian dahulu entry kali ni, akan datang saya kongsikan senarai hosting provider serta cara daftar domain dan hosting

One thought on “Bagaimana Memulakan Blog Pada Tahun 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *