Bagaimana Memulakan Blog Sendiri – 3 Cara Asas

Tahun 2022, masih ramai yang belum memiliki blog, atau dengan kata lain masih belum memulakan aktiviti ‘Blogging’? Pasti ada di kalangan kita yang ingin menjadi Blogger, namun hasrat itu terpaksa dipendamkan sahaja kerana faktor kekangan masa, merasa tidak tahu apa yang ingin ditulis, tidak mahir untuk menulis atau tidak tahu bagaimana untuk memulakan blog sendiri. Nak ‘create a blog’ adalah satu perkara yang mungkin dirasakan sangat sukar.

Dalam perkongsian hari ini, saya ingin kongsikan 3 cara asas bagaimana untuk memulakan blog sendiri. Dengan 3 cara asas ini, InsyaAllah, anda sudah boleh mula blogging. Saya akan kongsikan dengan cara yang sangat mudah anda fahami dan selepas itu, boleh terus praktis untuk ‘create your blog’!

1. Pilih Platform Blogger yang Ingin Digunakan

Anda boleh menggunakan Blogspot atau pun WordPress. Kedua-dua platform blogging ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Anda boleh memilih berdasarkan keselesaan anda untuk membuat design blog dan menulis. Anda juga boleh memilih design template blog samada yang berbayar atau pun percuma. Template yang disediakan di kedua-dua platfrom ini pun tak kurang menariknya. Jangan risau, anda boleh ubah dan kemaskini dari semasa ke semasa. Yang penting, langkah pertama ini: iaitu memilih platform blogging anda pilih terlebih dahulu.

Anda hanya perlu sign up kepada platform blog pilihan anda dengan menggunakan email. Selepas itu, anda hanya perlu mengikuti langkah demi langkah yang diberikan untuk mendaftar blog anda. Jangan lupa, memilih nama dan tajuk blog anda. Selepas itu, anda kini ialah seorang Blogger!

2. Pilih Niche Blog dan Penulisan

Sebelum anda meneruskan bacaan untuk Tips kedua ini, anda boleh baca di sini tentang Niche Blog yang saya kongsikan dalam artikel sebelum ini.

Niche blog ni penting ke? Tak boleh ke jika menulis blog tanpa niche dan kita hanya tulis mengikut apa yang kita nak tulis? Okey, sebenarnya tidak ada rules yang menetapkan untuk blogger menulis dengan niche tertentu sahaja. Ianya adalah bebas! Terpulang kepada blogger itu untuk menulis tentang apa pun. Namun begitu, jika anda ingin menjadikan blog sebagai medium untuk anda menjenamakan diri, bisnes, menjadikan blog sebagai sumber pendapatan, adalah lebih baik jika blog anda ber-niche. Anda masih boleh menulis tentang perkara lain. Tidak semestinya 100% berkaitan niche tersebut. Cuma anda perlu lebih fokus kepada niche blog anda.

Contohnya jika niche blog anda ialah tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Jika dalam seminggu anda terbitkan 5 artikel. 3 artikel adalah tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak, dan lagi 2 artikel tentang perkara lain.

3. Mulakan Menulis dan Publish!

Tiada masa yang sempurna untuk bermula. Anda hanya perlu terus menulis artikel atau entry pertama dan terus terbitkan (publish). Semakin banyak anda risau nak edit dan tambah sana-sini, semuanya rasa macam tak best, semakin lamalah anda akan mengambil masa untuk menerbitkan artikel anda. Tak perlu segan dan jangan fikir apa orang nak kata. Blog kita adalah milik kita, dan ia adalah kebebasan untuk kita berkarya. Cuma, jangan melanggar peraturan negara dan etika sudahla ya. Anda hanya perlu mulakan dengan 10 artikel, kemudian anda akan semakin mahir dan seronok menulis. Menulis adalah hobi dan terapi. Sebab itulah, semasa memilih niche penulisan, anda digalakkan memilih niche yang sesuai dengan minat dan kemahiran anda.

Semoga 3 tips asas untuk mula blogging ini dapat memberi semangat kepada anda untuk bermula. Saya nantikan blog dari anda. Anda boleh tinggalkan link blog anda di ruangan Comment di post ini. InsyaAllah, saya akan mengunjungi blog anda. Selamat ber-blogging!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *