Bagaimana Cara Nak Dapatkan Domain Dan Hosting

Sudah ramai rakyat Malaysia terutama pemilik bisnes mahupun blogger memiliki website mereka sendiri. Mempunyai nama domain sendiri akan nampak lebih profesional dan mudah untuk mendapat kepercayaan dari pelanggan atau pembaca. Tidak dinafikan masih ramai yang menggunakan platform percuma (seperti wix, blogger, dll) untuk website mereka dan mendapat sambutan yang sangat baik.

Memiliki nama domain sendiri menjadi idaman setiap blogger kerana mereka boleh mencipta brand mereka sendiri dalam penulisan mahupun dalam bisnes. Anda boleh beli dan daftar nama domain di mana-mana pembekal domain di Malaysia mahupun luar negara.

Jika berhasrat memiliki domain .my ataupun .com.my anda perlu daftar dengan pembekal domain&hosting di Malaysia seperti Netkl, Exabytes, Shinjiru dan sebagainya. Manakala untuk domain popular lain seperti .com, .net, .org dll boleh daftar di mana-mana pembekal dalam@luar negara. Antara pembekal Domain dan Hosting popular adalah seperti Namecheap, godaddy, Bluehost dll.

Saya akan tunjuk cara daftar domain dan hosting melalui pembekal Shinjiru dan Namecheap ye sebab saya biasa guna servis dari mereka. Anda mesti sudah mempunyai nama domain pilihan sebelum mendaftar jika belum ada idea bolehlah baca post saya sebelum ini “Bagaimana Memulakan Blog Pada Tahun 2022“.

Daftar Domain Melalui Shinjiru.com

  • Step 1 Buka website https://www.shinjiru.com.my/ klik pada Domain Registration jika mahu daftar domain sahaja atau pilih Web Hosting jika mahu daftar pakej webhosting(Percuma Domain). Saya tunjuk step untuk daftar sekali webhosting ye. Boleh surveys @ kaji dahulu pakej apa yang terbaik untuk anda sebelum mendaftar. Sebagai permulaan saya tunjuk pakej Eco Web Hosting.
Shinjiru Web Hosting
  • Step 1 Pilih mana-mana pakej sesuai dengan keperluan anda.
shinjiru-hosting-kemacar.com
Pilih pakej dan klik pada “Order Now”
shinjiru-hosting
Cuba perhatikan semua pakej ada tawarkan percuma domain dan SSL
  • Step 2 Di sini anda boleh cari nama domain yang anda mahukan.
Taip nama domain .com anda kemudian tekan check. Jika available tu maknanya nama tersebut boleh dibeli. Tekan Continue kat bawah tu.
  • Step 3 Pilih jenis bayaran yang sesuai sama ada bulanan, setiap 3 bulan, 6 bulan, setahun, 2 tahun ataupun bayaran setiap 3 tahun sekali. Pilih yang 12 bulan(setahun) ke atas tu ada penjimatan.
Buat pilihan dan tekan Continue
  • Step 4 Sampai sini pilih je yang mana free tu tak apa sebab percuma kan.
Jangan tertipu dengan harga tu, ni harga sebelum diskaun. Tekan Continue.
  • Step 4 Semak semua betul terus tekan CheckOut.
  • Step 5 Isi butiran anda dengan lengkap dan klik teknik pembayaran yang sesuai sama ada Maybank2u, atau Bank Transfer ataupun mana-mana yang anda suka.
Last sekali tekan Complete Order.

Selesai sudah pendaftaran domain dan hosting. Sila tunggu email pengesahan daripada Shinjiru je untuk proses selanjutnya. Hosting ni menggunakan Cpanel, bagi yang tidak biasa guna tu boleh belajar sikit2 tapi sebenarnya tidak susah pun nanti biasa la tu.

User dan Password(ID pengguna dan Kata laluan) tu akan dihantar melalui email nanti. Untuk proses seterusnya nanti saya akan ajar pada posting yang akan datang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *