Apakah Definisi Blog, Blogger dan Blogging?

Apakah Itu Blog?

Blog adalah singkatan perkataan ‘web log’ (dalam Bahasa Inggeris) atau ‘catatan sesawang’ (dalam Bahasa Melayu). Ia biasa disebut sebagai blog, berbanding perkataan penuh iaitu web log. Maka, penggunaan perkataan blog digunakan secara meluas dan resmi. Secara asasnya, blog ialah sebuah laman sesawang yang kemasukan-kemasukannya (entries) ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Maksud kandungan tertib terbalik ialah artikel atau ‘entries’ yang dipaparkan di halaman paling hadapan jika dibaca ia merupakan artikel paling terbaru diterbitkan. Namun sebenarnya halaman paling hadapan sekali adalah mukasurat paling akhir jika ia adalah sebuah buku. Dengan erti kata yang lebih mudah difahami ialah, sekiranya abda ingin membaca permulaan sesebuah blog, anda perlu membuka halaman paling akhir kerana ia adalah halaman pertama sesebuah blog.

Contohnya ialah, jika blog ini mempunyai 40 artikel, anda perlu membaca bermula dari artikel yang pertama dari belakang. Cara mudahnya ialah membaca berdasarkan tarikh artikel diterbitkan. Yang bertarikh paling lama atau artikel terakhir di belakang, itulah artikel pertama dan terus menaik hingga ke tarikh yang terbaru. Maka, inilah yang dimaksudkan tertib terbalik.

Apakah Itu Blogger?

Secara umumnya, Blogger ialah nama bagi perkhidmatan penerbitan melalui blog yang dimiliki oleh Google iaitu Blogger. Ia adalah sebuah platform yang dibangunkan untuk blog. Selain Blogger, WordPress juga adalah platform untuk ber-blog. Seperti blog saya ini, saya menggunakan WordPress.

Namun begitu, sebutan Blogger pada masa kini digunakan juga digunakan untuk merujuk kepada pemilik blog atau penulis sebuah blog. Jika ada memiliki blog, anda sudah boleh dikira sebagai Blogger. Blog boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja samada secara individu, berkumpulan atau organisasi. Pemilik blog juga boleh melantik atau menjemput orang lain untuk menjadi Admin atau Penulis Bersama untuk membantu dari segi pengurusan blog untuk dikemaskini atau penulisan artikel.

Apakah Itu Blogging?

Blogging adalah kata kerja atau perbuatan, dan ia boleh diklasifikasikan sebagai sebuah pekerjaan. Antara tugasan atau perkara yang dilakukan dalam blogging ialah mengurus dan mengendalikan sesebuah blog yang terdiri daripada menulis artikel, menerbitkan (posting), linking dan sharing. Tugasan ini bertujuan untuk memastikan blog aktif dan artikel yang diterbitkan dapat disampaikan dan dibaca oleh pengunjung blog. Antara yang dilakukan juga berkongsi link blog di social media yang lain seperti Facebook Group, Whatsapp dan sebagainya.

Antara Individu Yang Pernah Popular di Blog?

Pada awalnya, blog banyak digunakan untuk tujuan perkongsian peribadi, seperti online diari. Sekitar tahun 2004, penggunaan blog sangat popular sebelum kemunculan Facebook. Di Malaysia sendiri, telah lahir ramai Blogger yang menggunakan blog peribadi untuk menulis sebagai hobi dan untuk menjana pendapatan. Antara Blogger wanita yang popular pada masa tersebut dan sehingga kini ialah Red Mummy, Cik Epal, Vivy Yusoff, Iza Hamid dan Viruspadu.

Walaupun ramai di kalangan mereka ini tidak lagi aktif lagi di blog, namun mereka telah berjaya membina tribe masing-masing. Bagi Blogger Diana Ishak pula, beliau masih aktif blogging dan blog menjadi medium untuk beliau berkongsi tentang kehidupan dan bisnes. Vivy Yusof pula, tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau juga bermula sebagai Blogger. Blog adalah salah satu daripada lubuk rezeki bagi mereka yang bijak mengambil peluang berbisnes dan menjana pendapatan di platform percuma ini.

Niche Blog Yang Boleh dijadikan Pilihan

Dalam blogging, sebenarnya tidak ada had untuk anda menulis tentang apa sekalipun. Contohnya, jika tujuan anda ingin menjadikan blog anda sebagai personal cum bisnes blog, anda boleh gabungkan fungsi kedua-duanya serentak. Dengan cara ini, anda boleh jadikan blog anda sebagai hobi dan terapi. Anda boleh berkongsi tentang lifestyle, isu semasa, ilmu, review dan bisnes. Secara tidak langsung, sebenarnya anda sedang membina personal branding anda. Di kalangan pembaca blog anda, pasti ada yang tertarik untuk membeli produk atau servis yang anda tawarkan. Pembaca blog ialah prospek bisnes anda!

Berikut ialah niche yang boleh anda pertimbangkan, mengikut minat dan kemahiran anda untuk menulis:

  • Lifestyle atau Online Diary
  • Politik dan Isu Semasa
  • Keagamaan
  • Pendidikan Tinggi
  • Pendidikan Kanak-kanak
  • Parenting
  • Kesihatan
  • Kecantikan
  • Resepi dan Masakan
  • Industri Muzik dan Hiburan
  • Teknologi
  • Permainan Video (Games)
  • Software dan Aplikasi Smartphone
  • Kisah-kisah Keagamaan, Tauladan & Seram
  • Berkebun (Sayur-sayuran, Pokok hiasan, Hidroponik)
  • Dan lain-lain…
Tips Blogging:
Penggunaan image yang menarik dan berkualiti sangat penting dalam menarik minat pembaca blog.

Sebagai penutup, secara ringkasnya, ini ialah definisi bagi Blog, Blogger & Blogging:

  • Blog: adalah singkatan perkataan ‘web log’ atau ‘catatan sesawang’.
  • Blogger: ialah nama bagi perkhidmatan penerbitan melalui blog yang dimiliki oleh Google iaitu Blogger.
  • Blogging: adalah kata kerja atau perbuatan, dan ia boleh diklasifikasikan sebagai sebuah pekerjaan.

Semoga info yang dkongsikan ini, kita dapat memahami apakah yang dimaksudkan dengan istilah blog, blogger dan blogging. Adakah anda sudah menjadi seorang Blogger? Jika belum, mungkin inilah masanya untuk anda mula memiliki sebuah blog. Anda boleh memilih niche blog yang ingin ditulis atau anda boleh bermula dengan ‘personal blog’. Jadikan ia online diari untuk anda dan keluarga. Anda boleh memilih untuk menjadikan blog anda Public, Private atau Open for Invited Readers Only. Ini adalah pilihan untuk anda menjaga privasi blog peribadi anda.

Dalam artikel akan datang, saya akan berkongsi tentang perbezaan antara blog dan website; Pro & Cons.

Sehingga berjumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *