Dalam dunia teknologi internet dan digital, kita telah melalui beberapa fasa yang berubah dari semasa ke semasa. Jika sesebuah syarikat atau individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa, mereka akan ketinggalan. Ketinggalan yang dimaksudkan di sini ialah kita masih menggunakan teknologi lama yang tidak lagi relevant.

Contoh aplikasi yang tidak lagi wujud atau tidak lagi digunakan ialah Yahoo! Messenger, MiRC, Friendster & Fotopages. Suatu masa dulu, platform ini adalah platform social media atau cara berhubung yang sangat popular, iaitu sebelum Facebook, Instagram, Youtube dan yang terhangat pada masa kini iaitu TikTok mengambil alih tempat mereka. Bagi yang pernah memiliki akaun Fotopages, semua gambar yang anda letakkan di dalamnya hanya tinggal memori dalam ingatan anda sahaja. Fotopages tidak lagi wujud!
Sad but true. Namun, inilah hakikat yang perlu kita terima. Teknologi terbaru akan sentiasa menggantikan teknologi sediada, seiring dengan perkembangan ilmu dan kemampuan dalam bidang teknologi maklumat. Pengasas META (Facebook) juga telah membuat pengumunan bahawa penurunan mendadak bilangan pengguna Facebook yang kita beralih ke TikTok. Tidak mustahil dalam beberapa tahun lagi Facebook juga akan mengalami nasib yang sama seperti Friendster.
Bagaimana pula dengan blog?
Adakah blog masih lagi digunakan dan adakah ia masih lagi relevant pada zaman video content ini?

Sebelum anda meneruskan bacaan artikel ini, mungkin anda boleh luangkan masa beberapa minit untuk membuat carian di Google Search, untuk melihat adakah masih ada orang yang menulis blog. Anda hanya perlu taip keywords apa yang anda ingin cari, dan nantikan apa yang akan keluar. Saya yakin, pasti akan ada blog yang keluar dalam keputusan carian Google Search tersebut.
Ini menunjukkan bahawa, blog masih lagi kekal relevant untuk digunakan samada untuk perkongsian tentang bisnes, lifestyle, hobi, ilmu dan sebagainya. Ramai yang menggunakan blog untuk membina kredibiliti dalam bisnes iaitu personal branding. Personal branding yang dibina melalui blog boleh membantu meningkatkan kepercayaan kepada syarikat, pemilik bisnes, usahawan dan juga individu yang menjalankan bisnes online dan offline, samada bisnes produk atau servis.

Anda boleh memanfaatkan blog untuk pemasaran dan membina jenama dan personal branding anda. Terdapat pelbagai cara dan tips yang boleh digunakan di blog untuk tujuan ini. Anda hanya memerlukan komitment untuk blogging secara konsisten.
Saya akan kongsikan dengan anda bagaimana untuk memanfaatkan blog untuk bisnes anda. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak mahir atau tidak cenderung untuk membina video atau content dalam bentuk video dalam channel social media yang lain.
Anda masih boleh berbisnes menggunakan blog. Blog akan sentiasa relevant dan akan sentiasa ada pengguna atau prospek yang membuat carian produk atau perkhidmatan di Google Search. Namun, adalah lebih baik jika anda juga menggunakan channel social media yang lain untuk menambah lagi channel pemasaran anda. Yang paling penting, blog adalah channel pemasaran pasif yang boleh anda jadikan sebagai ‘kedai online’ anda! Ini adalah fakta yang sangat menarik yang ramai tidak mengetahuinya.
Jika anda berblogging dengan serius untuk bisnes anda, anda telah berjaya membina kedai online anda yang stabil. Selagi anda tidak memadam (delete) blog dan entries blog anda, ia akan terus berada dalam blogger atau wordpress yang anda gunakan sebagai hosting blog anda.
Menarik bukan?

Cukup sampai di sini dulu untuk post ini. Saya akan kongsikan tentang blogging dalam post yang akan datang. Terima kasih kerana anda mengunjungi blog ini. Semoga blog ini akan dapat memberi manfaat untuk anda. Sehingga berjumpa lagi.