Blog adalah channel pemasaran percuma yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan apa jua bisnes yang ingin dijalankan samada bisnes produk atau bisnes servis. Dengan hanya menggunakan platform blogspot atau wordpress, anda sudah boleh memulakan bisnes anda menggunakan blog.

Saya ingin kongsikan dengan anda 5 Tips Asas Memulakan Bisnes Online Menggunakan Blog.
1. Pilih Bisnes Yang Ingin Anda Jalankan
Untuk memulakan bisnes di blog, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah memilih bisnes untuk dijalankan. Tak kiralah samada anda adalah seorang usahawan, menjual produk orang lain, menjual produk sendiri dan sebagainya, anda boleh menggunakan blog untuk menjalankan dan memasarkan bisnes anda secara online.

2. Pilih Platform untuk Blog
Anda boleh memilih untuk menggunakan platform blogspot atau wordpress. Kedua-dua platform ini adalah percuma. Namun begitu, disarankan agar anda menggunakan domain berbayar untuk menjadikan blog bisnes anda lebih kelihatan profesional, meyakinkan dan anda akan mendapat lebih banyak kelebihan lain jika menggunakan domain sendiri berbanding yang percuma sahaja. Bayaran tahunan domain tidaklah mahal. Anda boleh memilih domain provider seperti www.exabytes.com, www.netkl.com dan sebagainya.

3. Pilih Nama Blog dan Tajuk Blog Yang Sesuai dengan Bisnes Anda
Pilih nama blog yang anda inginkan atau bersesuaian dengan bisnes yang anda ingin jalankan. Anda boleh menggunakan nama sendiri, nama bisnes, nama syarikat, nama produk atau nama secara umum. Contohnya blog saya ini, saya menggunakan nama Kemacar. Domain yang saya pilih adalah dot com. Menjadikan nama blog ini www.kemacar.com. Tajuk blog pulak, saya masih mengekalkan nama Kemacar.
Pemilihan nama blog dan tajuk blog adalah mengikut pilihan anda. Ia boleh disesuaikan juga dengan bisnes yang anda ingin jalankan. Contohnya jika anda menjual produk pakaian kanak-kanak, mungkin anda boleh memilih nama blog http://butiksicomel.blogspot.com atau www.simanjabergaya.com. Tajuk blog boleh dibuat sebagai Butik Si Comel Bergaya dan Selesa dan Koleksi Pakaian Kanak-kanak Terkini.

4. Mulakan Membuat Design dan Mengemaskini Blog
Ini adalah antara tips yang sangat penting dan ramai antara yang berbisnes menggunakan blog terhenti di sini. Kenapa? Kerana mereka merasakan mereka tiada kemahiran untuk membuat design blog dan tak pandai atau tak kreatif untuk membuat ayat atau mengemaskini blog.

- Design Blog:
Design blog untuk bisnes tidak memerlukan design yang terlampau hebat atau menarik. Gunakan konsep “less is more’. Anda tidak memerlukan blog yang sarat dengan pelbagai gadjet dan menu yang tidak benar-benar penting.
- Maklumat Untuk Dihubungi dan Social Media
Anda perlu masukkan maklumat tentang bagaimana cara untuk prospek atau bakal pelanggan menghubungi anda untuk info lanjut, bagaimana untuk berhubung dengan anda dan bagaimana untuk membuat pembelian.
Letakkan info mengenai diri atau syarikat anda, no telefon, whatsapp dan email. Laman-laman social media yang anda miliki dan gunakan untuk bisnes juga mesti diletakkan iaitu Facebook Page, Personal Facebook, Instagram, TikTok, Youtube Channel dan Twitter.
Ini sangat penting untuk meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan kepada anda. Berbisnes melalui blog adalah berasaskan kepada kepercayaan (trust). Jadi, memberikan dan berkongsi info tentang social media anda yang lain dan cara untuk berhubung dengan anda adalah sangat penting.

- Link Whatsapp, Telegram dan Social Media
Link Whatsapp, Telegram dan social media boleh terus diletakkan di entries khas iaitu Contact Me/Us. Dalam setiap post juga, boleh diletakkan link berkenaan untuk prospek terus menekan Link berkenaan untuk berhubung dengan anda. Segalanya mesti pantas dan effcient. Blog juga membolehkan prospek terus berhubung dengan peniaga dengan sepantas satu klik sahaja!
- Kemaskini Blog Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
Jika ada mempunyai kekangan masa untuk sentiasa kemaskini blog, memadai jika ia dikemaskini dengan entry terbaru sebanyak tiga kali seminggu. Antara hari yang disarankan ialah hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Ia adalah terpulang kepada anda. Jangan risau, anda boleh setting hari dan masa untuk anda terbitkan artikel atau entries di blog. Update blog sebanyak tiga kali seminggu sudah boleh menunjukkan bahawa blog dan bisnes anda aktif. Jika boleh dibuat dengan lebih kerap iaitu 4,5 atau 6 hari seminggu itu adalah lebih baik.
5. Mulakan Share Link Blog anda
Ya. Mulakan dan teruskan share link blog anda kepada keluarga, kawan-kawan, social media dan di mana sahaja. Cuma jangan spam sudahlah ya. Nanti kena banned pula. Contohnya di Facebook. Facebook sangat strict tentang blog. Maklumlah, saingan kan. Sebaiknya jangan terus share link blog di Facebook (samada personal, fanpage, group dan comment), kerana anda mungkin akan kena banned dari Facebook. Anda boleh gunakan teknik softselling untuk maklumkan tentang anda mempunyai blog untuk bisnes.

Untuk share blog anda, tak perlu tunggu blog anda siap sempurna. Tiada blog yang sempurna, kerana kita boleh ubah dan kemaskini blog dari semasa ke semasa. Bila dah ada entry pertama tu, kita dah boleh mula share dan war-warkan yang kita dah ada blog untuk bisnes. Jangan segan. Nak bisnes tak boleh segan. Ini adalah usaha dan perjuangan kita untuk meraih rezeki dari Allah.

Itu saja 5 Tips Memulakan Bisnes Menggunakan Blog yang saya kongsikan secara santai dan ringkas saja. Banyak lagi tips yang boleh saya kongsikan. InsyaAllah pada masa akan datang. Untuk itu, jika anda ingin memulakan bisnes menggunakan blog, jangan tunggu lagi. Mulakan. Jangan sia-siakan platform percuma yang ada ini. Banyak sangat kelebihan menggunakan blog. Walaupun ramai yang mengatakan blogging adalah ketinggalan, namun selagi wujudnya www.google.com, selagi itulah blog akan kekal relevant dan berguna untuk kita.
Jika tidak menggunakan blog untuk bisnes, kita boleh gunakan blog untuk saham akhirat. Bagaimana caranya? InsyaAllah akan saya kongsikan. Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.