5 Cara Membina Blog Berpengaruh Pada Tahun 2022

Menulis di blog boleh dijadikan sebagai hobi, terapi, tempat berkongsi ilmu dan juga untuk menjana pendapatan. Sepertimana yang pernah saya sebutkan di dalam entry INI iaitu ramai blogger telah menempa nama dan membina pengaruh yang sangat besar dengan hanya bermula sebagai blogger yang menulis tentang lifestyle mereka. Mereka menjana pendapatan dari blog melalui kolaborasi dengan jenama-jenama yang terkenal, menjadi influencer, iklan di Nufnang, Adsense dan menjual produk.

Bagaimana mereka bermula dan bagaimana mereka membina pengaruh yang sangat besar sehingga menjadi perhatian dan membuka peluang pendapatan kepada mereka?

Di sini saya bongkarkan rahsia yang telah mereka dan ramai lagi blogger yang telah berjaya menjadikan blog sebagai cara mereka membina tribe dan sekaligus membina pengaruh dan menaikkan personal branding mereka. Teruskan membaca, kerana anda juga mempunyai peluang yang sama seperti mereka. Walaupun zaman blog di katakan so yesterday atau sudah ketinggalan, namun ini tidak benar sama sekali. Selagi mana masih ada orang yang suka membaca, suka search info di Google Search, maka peluang anda sentiasa terbuka untuk membina pengaruh melalui blog.

Saya kongsikan dengan anda, 5 cara membina blog berpengaruh pada tahun 2022.

1. Pilih Niche Blog Yang Bersesuaian dengan Minat dan Kemampuan Anda untuk Menulis dengan Baik.

Menulislah dari hati. Menulis dari hati akan sampai ke hati. Maka, yang terbaik adalah menulis dan berkongsi tentang perkara yang kita sukai. Kita akan benar-benar menjiwai untuk menulis. Begitu juga, menulis perkara yang kita ketahui dan mahir adalah lebih memudahkan kita. Ia akan menjadikan kita tidak terbeban untuk mendapatkan maklumat dan mengolah ayat. Kita dapat menulis dengan lebih santai, tenang dan sekaligus ia menaikkan motivasi kita untuk terus menulis.

Pilihlah niche blog yang kita gemari. Jika anda suka dan mahir tentang apa pun, maka itulah niche yang boleh anda pilih. Memasak, baking, jahitan, berkebun, travel, pendidikan, kesihatan, kecantikan, bisnes, politik, isu semasa, parenting, dan sebagainya. Tulislah. Yang penting anda perlu bermula!

2. Membina dan Mengatur Content Blog Sesuai dengan Niche Blog

Content is king!

Dalam mana-mana social media, kita pasti tahu tentang perkara ini. Sana content, sini content. 2022 adalah trend orang yang bersocial media mengejar dan membina content. Tak kiralah kita berada di platform social media yang mana; blog, Facebook, Instagram, Youtube dan TikTok, content memainkan peranan yang sangat penting. Jadi, di blog pun begitu juga. Tak perlu pening nak fikir content apa yang kita nak masukkan dalam blog. Kita hanya perlu fokus dan konsisten menulis tentang niche blog kita. Itulah content yang perlu kita tulis.

Namun begitu, kita masih boleh menulis tentang perkara lain di luar topik content blog kita. Ini adalah untuk mempelbagaikan dan mengelakkan kebosanan pembaca. Tips agar content blog anda tidak caca-marba ialah pastikan 80% content yang anda tulis adalah berkait rapat dengan niche blog. Content lain tu, tulis 20% saja. Untuk lebih jelas, jika anda buat 10 post blog, 8 post anda tulis berkait dengan niche blog dan 2 post blog sahaja tentang content lain.

Maka, andainya content yang kita tulis itu dapat menarik dan ‘mengikat’ pembaca blog kita untuk terus membaca dan datang lagi untuk baca blog kita, itu sudah menjadikan anda berjaya membina tribe dan membina pengaruh di blog dengan kuasa content yang kita gunakan. Mudah kan?

3. Gunakan Gambar yang Cantik, Jelas dan Berkualiti

Jika dalam masakan, orang kata sebelum makan tu dan jamu perut tu, kita jamu mata dulu. Maksudnya makanan dan minuman yang dihidangkan dengan menarik (presentable). Kalau roti canai kosong letak dalam pinggan plastik vs pinggan Arcopal, mesti yang dalam pinggan Arcopal tu nampak lebih menarik. Padahal kedua-dua roti canai tu sama jer. Tukang tebar yang sama, doh yang sama & di masak atas pan yang sama. Tapi, bila dah letak dalam jenis pinggan yang berbeza, maka mata dan selera kita akan lebih tertarik untuk menikmati roti canai yang dalam pinggan cantik tadi. Begitulah analoginya dengan blog. ‘Hidangkan’ kepada para pembaca dengan gambar-gambar yang cantik, jelas dan berkualiti. Letakkan gambar dengan saiz extra large dan bonus jika anda tulis captions di bawah setiap gambar. Gambar yang jelas dan berkualiti dapat menarik minat untuk para pembaca terus membaca blog anda kerana memang lumrah manusia sukakan kepada benda yang cantik, jelas dan berkualiti.

4. Menulis Secara Konsisten Melambangkan Bahawa Anda Blogger Aktif dan Serius dengan Blogging

Menulis secara konsisten sangat penting bagi blogger yang ingin membina personal branding dan sekaligus untuk membina pengaruh jika ingin menjana pendapatan dari blog. Syarikat atau brand, usahawan, orang-orang bisnes dan individu yang ingin berkolaborasi dengan blogger akan memilih blogger dan blog yang aktif. Blog traffic yang tinggi dan konsisten adalah antara syarat penting untuk kita mendapat tawaran ‘job’ daripada bakal pelanggan anda. Jadi, blog yang aktif dan di kemaskini secara konsisten akan dapat membantu meningkatkan blog traffic. Untuk itu, kita perlu disiplin menulis dan kemaskini blog. Buat permulaan, pastikan blog kita ada 40 post, dan teruskan sehingga 100 blog post. Ini wajib. Selepas itu, menulis blog akan menjadi habit kita. Kita akan terus menulis kerana kita sudah mulai berdisiplin dan blogging adalah passion dan terapi untuk kita. Untuk itu, berjuanglah untuk menulis sehingga 100 blog post!

5. Bina dan Jaga Reputasi Diri

Menjadi blogger yang punyai misi untuk menjadi influencer, membina pengaruh dan sekaligus menjana pendapatan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Bukan sekadar perlu disiplin dan konsisten menulis di blog, kita juga perlu bina dan jaga reputasi diri. Be likeable. Jadilah orang yang disukai. Jaga cara penulisan kita. Jaga cara kita menyampaikan atau meluahkan apa yang kita ingin tulis.

Menulislah dengan rasa tanggungjawab. Pada masa kini, iaitu zaman conten is king, kita boleh melihat ramai yang mengabaikan nilai-nilai murni dalam diri, sanggup mengenepikan agama dan undang-undang, sanggup menjatuhkan maruah dan memalukan diri sendiri dan keluarga dan sanggup menjatuhkan orang lain demi sebuah content dan populariti. Namun begitu, adakah mereka membina reputasi dan personal branding yang baik? Adakah mereka kekal lama atau setakat viral seketika sahaja? Jika kita ingin bertahan dalam dunia social media, buatlah dengan cara yang betul.

Biarlah lambat dan jalan yang kita pilih agak jauh berbanding orang lain, namun kita inginkan keberkatan dalam apa yang kita lakukan. Sebagai orang Islam, tak kira apa jua social media dan content yang kita ingin ketengahkan, jangan sampai ia menjadi asbab untuk kita dan orang lain mendapat dosa. Yang berkat itu lebih baik daripada segala-galanya. InsyaAllah, jika dah tertulis rezeki kita, pasti akan dapat pada kita pada masa yang telah Dia tetapkan untuk kita. Kita hanya buat saja. Jangan mudah putus asa. Kita dengan cara kita, jangan mudah terpengaruh dengan cara orang lain.

Semoga 5 Cara Membina Blog Berpengaruh Pada Tahun 2022 yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat untuk kita bersama. Jadikan blog sebagai medium untuk kita membina pengaruh yang baik bagi menjadi usahawan yang berjaya dunia dan akhirat. Jadikan blog sebagai ladang pahala yang pahalanya terus mengalir buat kita dan keluarga kita. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *