30 Idea Content Blog Sempena Ramadan 1433H / April 2022

Pada hari Ahad ini, iaitu 3hb April 2022 bersamaan 1 Ramadan 1433H, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan Kareem. Semoga kita semua dikurniakan kesempatan untuk beribadah pada bulan mulia ini nanti. Semoga ibadah khusus dan ibadah umum yang kita akan lakukan dipermudahkan dan diterima Allah (swt) dengan penuh rahmat dan kasih sayangNya.

Sebelum saya meneruskan post ini, izinkan saya share sekali lagi di sini link blogpost saya sebelum ini yang bertajuk Ikatlah Ilmu dengan Menuliskannya. Jika anda belum membacanya, saya sarankan anda luangkan sedikit masa untuk membacanya terlebih dahulu sebelum anda meneruskan membaca post ini. Ini adalah kerana ia adalah berkait dengan apa yang ingin saya kongsikan dalam post ini, iaitu 30 Idea Content Blog Sempena Ramadan 1433H / April 2022.

Saya juga antara hamba Allah yang ingin membina saham di dunia dan akhirat melalui menyebarkan ilmu sebagai pahala jariah buat saya dan keluarga saya. Justeru itu, izinkan saya kongsikan dengan anda yang mungkin tercari-cari idea apakah untuk ditulis sebagai content sepanjang bulan Ramadan 1433H bersamaan April 2022.

Nampak macam banyak 30 idea content yang kita akan tulis untuk sepanjang bulan Ramadan nanti. Oh ya, 1 post sehari sudah memadai. Kita hanya perlu luangkan masa lebih kurang setengah jam sahaja untuk tulis, edit, kemaskini dan terbitkan post kita. Selepas itu, kita boleh fokus untuk ibadah khusus dan umum dan menjalankan urusan harian kita yang lain. Masa yang singkat namun berkualiti adalah sangat penting dalam blogging, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia nanti. Dunia dikejar, akhirat dikendong. Ramadan hanya datang sebulan sahaja dalam setahuh, rugi jika kita sia-siakan.

Jadi, kita cuba buat blogpost dengan seringkas yang mungkin, namun content yang diberikan tetap berkualiti dan bermanfaat. 30 post pada bulan Ramadan, banyak ke? Tak banyak sebenarnya, jika anda pertimbangkan idea yang saya ingin kongsikan ini. Jom!

30 Idea Content Blog Sempena Ramadan 1433H / April 2022

  1. Selamat Datang Ramadan Kareem
  2. Andai ini Ramadan Terakhirku…
  3. Jadual Tadarrus Al-Quran
  4. Doa Menjelang Ramadan
  5. Doa amalan harian sepanjang Ramadan
  6. Misi Ibadah Ramadan Tahun ini
  7. Tips Didik Anak Belajar Berpuasa
  8. Cara Solat Terawih di rumah bagi Wanita
  9. Menu Bersahur dan Berbuka Puasa
  10. Tips Turunkan berat badan semasa Ramadan
  11. Tips konsisten bertadarus semasa Ramadan
  12. Menu Bersahur Ringkas namun membuka selera
  13. Amalan digalakkan dilakukan pada bulan Ramadan
  14. Tips Berjimat-cermat semasa di Bazar Ramadan
  15. Keutamaan Selawat pada Rasulullah SAW
  16. Keberkatan Ramadan
  17. Sayyidul Istiqfar – Bacaan, maksud & Fadhilat
  18. Menu Berbuka Puasa Seminggu
  19. Prep Bahan Masakan untuk Mudahkan Kerja Memasak
  20. Cara Simpan Sayur-sayuran supaya tahan lama
  21. Tips Jaga Kesihatan semasa Berpuasa
  22. Kelebihan Puasa: Dari Kajian Sains
  23. Solat Sunat Tahajud pada Bulan Ramadan
  24. Lailatulqadar – Pengertian, Keistimewaan, Tanda-tanda
  25. Zakat Fitrah
  26. Keutamaan Bersedekah pada bulan Ramadan
  27. Pahala Memberi Makan/Minum kepada orang yang berpuasa
  28. Tips jaga kesihatan semasa Ramadan
  29. Persiapan Menyambut Hari Raya Aidilfitri
  30. Selamat Jalan Wahai Tamu Mulia Ya Ramadan… Semoga Berjumpa lagi Pada Tahun Hadapan.

Anda boleh susun content mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Saya hanya tulis list cadangan secara random sahaja. Sebaiknya susun ikut kesesuaian tarikh Ramadan. Contohnya, #1 Selamat Datang Ramadan Kareem dan #30 tu dah sesuai saya letak pada hari pertama dan terakhir Ramadan. Yang lain-lain berbaki 28 hari lagi tu, anda susunlah sebaiknya agar apa yang kita nak share tu, bersesuaian dengan hari dan masanya agar ibadah dan perkara yang kita nak buat tu tak ketinggalan.

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat kita jadikan idea untuk menulis entry sepanjang bulan Ramadan nanti. Seandainya ada orang yang beramal dengan apa yang kita kongsikan, semoga ada saham pahalanya buat kita juga, InsyaAllah.

Salam Ramadan dari saya. Assalamualaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *